Friday 1 March 2013

Sistem i-Keps

Sekali lagi guru-guru@su sukan@gpk Koko perlu mengemaskini maklumat sukan & prasarana sukan sekolah. Sistem terbaru i-Keps boleh download di laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian sukan. Maklumat hentaklah diberikan secara jujur agar pihak terbabit boleh membuat analisi prasarana sukan di setiap sekolak-sekolah di Malaysia dan memberikan dana yang bersesuaian dalam membantu mewujudkan prasarana sukan yang baik di setiap sekolah. Ini juga dalam usaha untuk memajukan sukan melalui Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh kementerian.

http://www.moe.gov.my/bsukan/index.php?option=com_content&view=article&id=70&Itemid=84

Friday 8 February 2013

Kejohanan Merentas Desa Kawasan Alor Gajah 2013

Bertarikh 2 Februari 2013 telah dijalankan Kejohanan Merentas Desa Kawasan Alor Gajah, Melaka bertempat di SK Lesung Batu, Alor Gajah, Melaka. Unit Sukan SMK Rahmat telah menghantar seramai 16 orang atlet bagi menjayakan kejohanan tersebut dan hanya seramai 3 orang murid yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Negeri Melaka, yang bertarikh 23 Februari 2013 akan datang. Tahniah kepada murid yang memengai tempat kelayakkan.

Larian bermula

Tempat ke-2, kategori permpuan 15,
 Nurhidayah, 1RK1

Tempat ke-8, kategori perempuan 15,
Claudia Coles

Tempat ke-8, ketegori permpuan 18,
Banupriya A/P D. Baskaran

Pasukan SMK Rahmat

Kejohanan Merentas Desa SMK Rahmat 2013

Alhamdulillah...bertepatan tarikh 6 Februari 2013 pihak SMK Rahmat telah berjaya melaksanakan Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2013. Dan yang pasti setiap tahun pasti ada pembaharuan yang dilakukan untuk memastikan objektif kejohanan dapat dicapai dengan jayanya. Secara umumnya Kejohanan Merentas Desa dijalankan adalah untuk melibatkan semua murid-murid sekolah dalam aktiviti kecergasan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segala segi terutamanya JERI (jasmani,emosi,rohani, intelek).

Tahun 2013 dikira sebagai permulaan yang memberangsangkan bagi murid-murid SMK Rahmat, ini kerana buat julung-julung kalinya semua murid-murid menyertai kejohanan ini. Ini kerana selain kebiasaan terdapat murid yang sakit, ada juga murid yang cuba mengelak dari menyertai kejohanan tersebut. Akan tetapi dilihat secara keseluruhannya murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti tersebut, mungkin dikeranakan oleh penambahan hadiah dari kebiasaan yang ditawarkan. Hakikatnya itu adalah salah satu cara untuk guru-guru menarik minat murid untuk terus melibatkan dalam aktiviti-aktivi sukan yang dianjurkan bagi menggalakkan murid-murid mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang menjalankan tugas sebagai ajk kejohanan dan murid-murid yang menjayakan lagi Kejohanan Merentas Desa SMK Rahmat 2013. Tahniah juga kepada pemenang-pemenang.

gambar rentetan dari hari peristiwa kejohanan

Wednesday 23 January 2013

Minggu ke 4

Alhamdulillah.....minggu ini merupakan minggu ke 4 persekolahan bagi sesi 2013. Alhamdulillah dan tahniah kerana anda masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara persekolahan bagi tahun ini. <cewah ayat skema giler hehee>. Ok la...ok la....nak cerita sikit pasal awal persekolahan tahun ini....

Alhamdulillah....hari ini Rabu, 23 Jan 2013 adalah hari terakhir segala jenis mesyuarat agong bagi Unit Kokurikulum SMK Rahmat. Minggu lalu iaitu pada hari Isnin, 14 Jan 2013 merupakan Mesyuarat Agong yg pertama bagi rumah -rumah sukan. Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid dan gugu-guru yang banyak memberi kerjasama dalam melaksanakan mesyuarat agong tersebut. Ini diikuti dengan Mesyuarat Agong Persatuan dan kelab pada 16 Jan 2013 yang lalu. Tahniah sekali lagi buat semua yang terlibat. Harapan tahun ini akan memberi perubahan kepada pengurusan yang lebih baik bagi setiap bahagian dibawah Unit Kokurikulum, terutamanya SUKAN.

Untuk pengetahuan pembaca, Majlis Sukan SMK Rahmat telah merancang dan akan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menjayakan lagi dasar kerajaan iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan. Bagi permulaan tahun, atlet-atlet sekolah telah mula menghadiri latihan yang ditetapkan oleh s/u sukan dengan kerjasama ajk-ajk sukan olahraga. Ini adalah permulaan untuk membina semula kecergasan murid-murid setelah bercuti panjang. Disamping itu, pihak sukan sekolah juga telah merangka aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan semasa perjumpaan ahli-ahli rumah sukan. Dan aktiviti tersebut telah pun dilaksanakan oleh guru-guru penasihat rumah sukan dengan jayanya, dimana semua murid terlibat dalam perlaksanaan tersebut. Syabas kalian. ^^

Walau bagaimanapun, diatas kealpaan dan kelekaan tuan blog,huhuu.... hambo lupo nak ngambil gambor sepanjang aktiviti dilaksanakan. Harap kemaafan dapat diberikan. Tetapi akan diusahakan juga untuk meminta ihsan dari En Photographer sekolah.....Harap bersabar ya.....

Dikesempatan ini pihak kami juga ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Maulidur Rasul' buat semua umat islam seluruh dunia. 

Wednesday 2 January 2013

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru semua terutama warga SMK Rahmat.
Hari pertama di tahun baru diserikan dengan hujan rahmat dari ilahi. Alhamdulillah.
Kelihatan ada ketenangan dan kedamainan pada tahun baru ini. Sekolah berwajah baru, dengan bangunan baru yang menempatkan 6 kelas yang menumpang pada tahun-tahun sebelumnya. Ditambah lagi dengan wajah-wajah si kecil yang baru menginjak remaja. 

Selamat datang murid-murid tingkatan satu! Selamat menumpuh alam baru ^_^.