Friday 8 February 2013

Kejohanan Merentas Desa Kawasan Alor Gajah 2013

Bertarikh 2 Februari 2013 telah dijalankan Kejohanan Merentas Desa Kawasan Alor Gajah, Melaka bertempat di SK Lesung Batu, Alor Gajah, Melaka. Unit Sukan SMK Rahmat telah menghantar seramai 16 orang atlet bagi menjayakan kejohanan tersebut dan hanya seramai 3 orang murid yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Negeri Melaka, yang bertarikh 23 Februari 2013 akan datang. Tahniah kepada murid yang memengai tempat kelayakkan.

Larian bermula

Tempat ke-2, kategori permpuan 15,
 Nurhidayah, 1RK1

Tempat ke-8, kategori perempuan 15,
Claudia Coles

Tempat ke-8, ketegori permpuan 18,
Banupriya A/P D. Baskaran

Pasukan SMK Rahmat

Kejohanan Merentas Desa SMK Rahmat 2013

Alhamdulillah...bertepatan tarikh 6 Februari 2013 pihak SMK Rahmat telah berjaya melaksanakan Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2013. Dan yang pasti setiap tahun pasti ada pembaharuan yang dilakukan untuk memastikan objektif kejohanan dapat dicapai dengan jayanya. Secara umumnya Kejohanan Merentas Desa dijalankan adalah untuk melibatkan semua murid-murid sekolah dalam aktiviti kecergasan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segala segi terutamanya JERI (jasmani,emosi,rohani, intelek).

Tahun 2013 dikira sebagai permulaan yang memberangsangkan bagi murid-murid SMK Rahmat, ini kerana buat julung-julung kalinya semua murid-murid menyertai kejohanan ini. Ini kerana selain kebiasaan terdapat murid yang sakit, ada juga murid yang cuba mengelak dari menyertai kejohanan tersebut. Akan tetapi dilihat secara keseluruhannya murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti tersebut, mungkin dikeranakan oleh penambahan hadiah dari kebiasaan yang ditawarkan. Hakikatnya itu adalah salah satu cara untuk guru-guru menarik minat murid untuk terus melibatkan dalam aktiviti-aktivi sukan yang dianjurkan bagi menggalakkan murid-murid mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang menjalankan tugas sebagai ajk kejohanan dan murid-murid yang menjayakan lagi Kejohanan Merentas Desa SMK Rahmat 2013. Tahniah juga kepada pemenang-pemenang.

gambar rentetan dari hari peristiwa kejohanan