Wednesday 23 January 2013

Minggu ke 4

Alhamdulillah.....minggu ini merupakan minggu ke 4 persekolahan bagi sesi 2013. Alhamdulillah dan tahniah kerana anda masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara persekolahan bagi tahun ini. <cewah ayat skema giler hehee>. Ok la...ok la....nak cerita sikit pasal awal persekolahan tahun ini....

Alhamdulillah....hari ini Rabu, 23 Jan 2013 adalah hari terakhir segala jenis mesyuarat agong bagi Unit Kokurikulum SMK Rahmat. Minggu lalu iaitu pada hari Isnin, 14 Jan 2013 merupakan Mesyuarat Agong yg pertama bagi rumah -rumah sukan. Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid dan gugu-guru yang banyak memberi kerjasama dalam melaksanakan mesyuarat agong tersebut. Ini diikuti dengan Mesyuarat Agong Persatuan dan kelab pada 16 Jan 2013 yang lalu. Tahniah sekali lagi buat semua yang terlibat. Harapan tahun ini akan memberi perubahan kepada pengurusan yang lebih baik bagi setiap bahagian dibawah Unit Kokurikulum, terutamanya SUKAN.

Untuk pengetahuan pembaca, Majlis Sukan SMK Rahmat telah merancang dan akan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menjayakan lagi dasar kerajaan iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan. Bagi permulaan tahun, atlet-atlet sekolah telah mula menghadiri latihan yang ditetapkan oleh s/u sukan dengan kerjasama ajk-ajk sukan olahraga. Ini adalah permulaan untuk membina semula kecergasan murid-murid setelah bercuti panjang. Disamping itu, pihak sukan sekolah juga telah merangka aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan semasa perjumpaan ahli-ahli rumah sukan. Dan aktiviti tersebut telah pun dilaksanakan oleh guru-guru penasihat rumah sukan dengan jayanya, dimana semua murid terlibat dalam perlaksanaan tersebut. Syabas kalian. ^^

Walau bagaimanapun, diatas kealpaan dan kelekaan tuan blog,huhuu.... hambo lupo nak ngambil gambor sepanjang aktiviti dilaksanakan. Harap kemaafan dapat diberikan. Tetapi akan diusahakan juga untuk meminta ihsan dari En Photographer sekolah.....Harap bersabar ya.....

Dikesempatan ini pihak kami juga ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Maulidur Rasul' buat semua umat islam seluruh dunia. 

Wednesday 2 January 2013

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru semua terutama warga SMK Rahmat.
Hari pertama di tahun baru diserikan dengan hujan rahmat dari ilahi. Alhamdulillah.
Kelihatan ada ketenangan dan kedamainan pada tahun baru ini. Sekolah berwajah baru, dengan bangunan baru yang menempatkan 6 kelas yang menumpang pada tahun-tahun sebelumnya. Ditambah lagi dengan wajah-wajah si kecil yang baru menginjak remaja. 

Selamat datang murid-murid tingkatan satu! Selamat menumpuh alam baru ^_^.